Assalamualaikum semua kawan kawan kak jimah semua  :) 

sudah lama kak jimah tak share cooking2 dgn u ols kan. maklum la cuti semester yang lepas kak jimah keje jadi memang nan hado lah sesi cooking2. tapitapitapi cuti sem kali ni kak jimah tak keje.kak jimah balik kampung jadi bibik! maka ruang ini akan dipenuhi dengan resepi2 kak jimah. aim kak jimah cuti kali ni nak gemukkan seluruh ahli keluarga termasuk mak2 sedara sepupu sepapat semua (gelak jahat dengan gerakan tangan seperti ibu tiri snow white)

ah sudahlah membebel kak jimah! (sambil tepuk meja). kata nak bagi resepi..mane?


baiklah, dah siap semua pen dan kertas? (tiru gaya chef wan dlm rancangan riang ria kuih raya cornflakes). hari ni kak jimah buat pie. cewah kak jimah western harini. adik kak jimah dah lama request nak makan shepard pie jadi sebagai seorang kakak yang mithali dan cuma balik sekali sekala, kak jimah ikutkan kehendak perut dia. lagipun tak ada lah leceh mana nak buatnye pun. cuma penat nak lecek kentang saje. alang2 kak jimah buat pie, kak jimah buat 4 bijik terus! ha bukan kak jimah tamak atau pelahap ye makcik2 sekalian, tapi kak jimah buat bagi kak mak2 sedara sekali. kan kak jimah dah kata aim kak jimah nak gemukkan kaum keluarga.

ok maaf kak jimah terbebel tanpa sedar lagi. sorry mukadimah terpanjang.ok mula2 kita tengok resepi untuk buat base pie. utk shepard pie ni kita gunakan kentang@potato sebagai base.kenapa?kak jimah pun tak tahu lah tapi sejak azali kalau shepard pie mmg guna base kentang.

sebenarnye resepi utk base ni same macam nak buat mashed potato.ingat dulu kak jimah pernah ajar kan kan kan? tapi xpe malam ni kak jimah rajin nak taip balik resepi tu utk makcik2 tersayang sekalian.salin ye :)

anda perlukan :
  1. kentang. suka hati kamu lah nak berapa biji tapi advisable banyak sebab nak buat base dan topping. kak jimah beli potato smp 3kg utk 4 biji pie.
  2. butter. dalam 2 3 sudu pun dah cukup utk 1 pie.nak kasi lemak sikit
  3. susu segar. dalam 1/2 cup utk 1 pie. kak jimah guna 1/2 box sbb buat 4 biji.ini utk kasi lemak dan gebu kentang tu baru sedap dimakan.
  4. garam. obviously utk bagi sesedap rasa.
langkah membuatnye:
  1. rebus kentang sampai empuk.suka hati korang lah nak kupas dulu ke tak. kak jimah tak kupas.lepas dan rebus baru kupas.
  2. lepas dah lembut dan empuk korang lenyek saaaaaaaaaaaampai la tak ada ketul2 dah. memerlukan kuasa tangan yang banyak. 
  3. masukkan butter dan susu dan gaul sehingga gebu. jangan lupa letak garam secukupnya. kalau terlebih garam jadi masin, nnt orang ingat awak nak kawin pulak!.
  4. dan siap boleh set aside dulu sementelaah kita buat intinya pulak.

kentang anda perlu berupa begini.kalau tak sama, tak apa sebab semua orang adalah unik ada keistimewaan sendiri.


untuk intinya pula anda kena beli (ni kira utk 1 pie) :

  1. bawang besar 1 biji
  2. bawang putih 1 ulas.jangan lebih kalau lebih suka hati korang lah.
  3. daging cincang yang 400gm
  4. cendawan butang
  5. tomato
  6. mix vege
  7. stok daging 1 kiub
  8. tepung jagung 1 sudu + air 1 cawan
  9. 1 sudu lada hitam
  10. garam secukup rasa
cara nak masak inti:
  1. panaskan kuali.kalau tak panas, panaskan sampai panas.
  2. tumis bawang besar+putih sampai naik bau. 
  3. masukkan daging dan cendawan. masak sehingga daging itu masak (kejadah ayat gini ni??)
  4. agak2 daging dah masak tu masukkan semua bahan yang lain kecuali tepung jagung+air secawan tu.y itu nnt dlu
  5. bila semua bahan2 dan masak, barulah tuangkan bancuhan tepung jagung itu tadi. ni nak bagi inti tu likat la tak la nnt terberai bila potong.ada faham?
  6. tutup api dapur dan masukkan ke dalam mangkuk dan bawa ke meja untuk proses seterusnya.

inti anda mungkin berupa begini. sekali lagi kak jimah tegaskan, kalau rupanya tak sama, tak apa. kita semua adalah unik!

ok sekarang kite beralih ke meja untuk proses seterusnya. mula2 kita ambil bekas pie, suka hati lah nak bentuk macam mana. nak guna yang jenis apa pun tak kisah asalkan boleh bakar dalam oven. mula2 letak potato base di serata bekas.nak letak kat tapak je pn boleh nak cover tepi2 pun boleh.ikut tahap kerajinan masing2
lebih kurang macam ni lah rupanya. 

kemudian boleh lah isikan inti.kalau rasa ikhlas dan pemurah boleh letak inti sampai penuh (buat gaya letak tangan kat hidung konon2 nak kata takat hidung). kalau rasa bajet tak berapa cukup nak beli daging, isi lah setakat yang boleh cover base pie pun dah ok.


kendiannye ulang balik proses letak kentang sampai tertutup isi/inti. petua nak senang cover bahagian atas adalah sediakan semangkuk air sejuk utk celup sudu sebelum ratakan topping.kalau tak nanti kentang tu tanak lekat pastu tergaul2 plak dengan inti. dah tak cantik rupe pie awok nanti. bila dah habis cover semua tu boleh la buat corak2 sikit bagi nampak seri. maaflah kak jimah memang bukan tangan seni jadi corak senget2 macam ni je kak jimah reti buat.tekan2 guna garfu je. kalau acik2 sekalian kreatif boleh la buat corak yang bombastik mister lobaloba.oh ye lupa.sambil buat semua ni sambil panaskan oven ye pada suhu 200 darjah celsius.


dan puas hati dengan corak masing, oven pun dah cukup panas, bolehlah mula membakor pie masing2. bakor pada suhu 200 darjah celcius selama 30min.kalau pie kecik jgn pulak kamu tibai bakor smp 30min. kang rentung pulok. pepandaila tengok time yang sesuai agar pie tidak hangus.

hasil akhir selepas dibakar dan menanti masa utk dibaham.

sekian sahaja sesi cooking2 dengan kak jimah kali ini. kita jumpa lagi minggu depan dengan resepi kek! Kek ape kak jimah nak buat?haaaa kena tunggu minggu depan. pastikan anda membaca blog yang sama esok lusa dan setiap hari.hahaha.

ok bye.